Bismillah
Bikin puding cendol gula merah ya. Yang seger dan menyehatkan insyaAllah. Baik untuk pencernaan. Perpaduan cendol, santan dan gulmer serasa minum es dawet. Sy variasikan dengan cendol pink juga. Yuk bikin. Resepnya pakai bahasa malaysia ya.
✨Resep Puding Cendol Gula Merah
by Mr. Ali
Loyang : 8 inci
📍Bahan - Bahan :
LAPISAN CENDOL
- 500ml air ( 2 cawan)
-5g agar agar serbuk
-1/2 cawan gula (100g)
- 100g santan pekat
-1/2 cawan susu cair (125 ml)
sebatikan + sebiji telur
- sedikit garam
- cendol
- 3-4 ketul kecil gula batu ( optional)
LAPISAN GULA MELAKA
-100 gram gula melaka ( cairkan dan tambah sikit air selepas itu sila tapis)
- 500ml air ( 2 cawan )
- 100g gula merah
- 50g gula kasar
-5g serbuk agar agar
- 1/2 cawan susu cair (125ml)
- sedikit garam
📍CARA - CARA
LAPISAN CENDOL
- masukkan kesemua bahan lapisan cendol kecuali cendol
- sebatikan dulu baru hidupkan api perlahan
- kacau hingga mendidih
- dah mendidih tutup api dan masukkan cendol.
- sebatikan cendol perlahan lahan dlm adunan dan tuang separuh adunan ke dalam loyang
- letak diluar sahaja bagi dia set/ keras sementara buat lapisan gula melaka
- ketepikan separuh lagi adunan untuk layer seterusnya
LAPISAN GULA MELAKA
- masukkan semua bahan lapisan gula melaka
- kacau hingga mendidih
- matikan api dan tuang separuh adunan keatas lapisan cendol tadi
- kalau lapisan cendol tadi separuh keras tak perlu cucuk dgn garpu. Kalau dah keras sepenuhnya kena cucuk banyak banyak atas lapisan cendol agar ianya melekat dan tak terpisah
- tuang lapisan ni dan sejukkan dalam peti selama 10 minit
LAYERING
- bila lapisan gula melaka dh keras, cucuk dengan garpu baru tuang habiskan adunan cendol tadi. Sejukkan dalam peti selama 10 minit
- tuang lapisan gula melaka iaitu lapisan terakhir.
- sejukkan 4 jam dan dah siap boleh makan
- ketahanan puding 4-5 hari sahaja dlm peti
Tips : kalau lebihan adunan cendol dan gula melaka mengeras dalam pan, panaskan balik atas api sampai ia jadi cair balik. Tambahkan sikit air. Asal cair balik je tutup api dan tuang
Selamat mencuba semua !
- mr. ali
Video Disini